
Saturday, December 26, 2009
Saturday, July 4, 2009
MOUNT KINABALU
Dua pemandangan yang berbeza. Kelihatan Gunung Kinabalu sebelum tengahari ketika dalam perjalanan menuju keNabalu Park.
Dalam perjalanan pulang, kelihatan awan puteh menyelubungi sebahagian Gunung Kinabalu. Video ini diambil sekitar jam lima setengah petang. Sungguh, sungguh indah pemandangannya ketika itu. Sayangnya pemandangan sepenuhnya tidak dapat dirakamkan kerana sering dilindungi pokok2 sepanjang perjalanan.
Tuesday, June 30, 2009
KOTA KINABALU - JUNE 2009
Akhirnya aku menjejakkan kaki dibumi Sabah - diKota Kinabalu pada 25jun - 28jun. Cuaca panas menyambut ketibaan rombongan kami dihari pertama. Dari airport kami dibawa kerestoran untok makan tengahari.
Selesai makan tengahari kami terus keFilipino Market. Apa lagi kalau bukan untok cuci matalah dan mengempeskan kocek. Kedai Jamilah Jewellery - wholesale/retail of crystals, pearls, semi precious stones, gem stones, 925 silver dan 14/20 gold fashion jewelries. Memang mengasyikkan dan rambang mata dibuatnya. Samada hendak membeli yang telah siap dibuat atau boleh juga memilih warna dan design untok dibuat on the spot.

Sebelah malam selepas dinner, cuci mata lagi, kali ini diPasar Malam Kg. Air. Sayangnya, hujan. Cuma apa yang dapat dilihat disini, kebanyakkan barang2 yang dijual lebih kurang sama. Ramai yang menjual barang2 kemas dari mutiara dan sworofski . Sama seperti yang terdapat dikedai Jamilah. Hanya mutu dan harga yang membezakannya. Aku tak membeli apa2 disini.
Sebelah malam selepas dinner, cuci mata lagi, kali ini diPasar Malam Kg. Air. Sayangnya, hujan. Cuma apa yang dapat dilihat disini, kebanyakkan barang2 yang dijual lebih kurang sama. Ramai yang menjual barang2 kemas dari mutiara dan sworofski . Sama seperti yang terdapat dikedai Jamilah. Hanya mutu dan harga yang membezakannya. Aku tak membeli apa2 disini.
Hari kedua kami keNabalu Park. Melihat keindahan gunung Kinabalu dan shopping lagi.




Selepas makan, teruskan misi yang betul2 mencabar minda, keupayaan dan ketahanan diri. Sesiapa yang ingin mendaki kepuncak untok meniti jambatan gantong diingatkan, persiapkan diri. Aku bagai nak putus nyawa dibuatnya. Nak patah balik, dah separuh jalan. Nak teruskan macam dah tak larat. Maklumlah tak pernah bersenam. Stamina pun kurang. Dengan mendaki perlahan2, akhirnya sampai juga aku. Alhamdulillah.




Disamping itu bolehlah nikmati pemandangan indah disepanjang jalan.

Hari ketiga, selepas sarapan, kami menuju keMenara Tun Mustapha atau juga pernah dikenali sebagai Yayasan Sabah sebelum ini.


Tak dudok makan, dudok bergambar pun jadilah.

Waktu zuhor kami dapat bersolat diState Mosque tapi siCity Mosque cuma ambil gambar saja.
Melawat keMuzium Sabah.






Mendengar penerangan tour guide kami, Nel.
Subscribe to:
Comments (Atom)







































