Sebelah malam selepas dinner, cuci mata lagi, kali ini diPasar Malam Kg. Air. Sayangnya, hujan. Cuma apa yang dapat dilihat disini, kebanyakkan barang2 yang dijual lebih kurang sama. Ramai yang menjual barang2 kemas dari mutiara dan sworofski . Sama seperti yang terdapat dikedai Jamilah. Hanya mutu dan harga yang membezakannya. Aku tak membeli apa2 disini.
Hari kedua kami keNabalu Park. Melihat keindahan gunung Kinabalu dan shopping lagi.




Selepas makan, teruskan misi yang betul2 mencabar minda, keupayaan dan ketahanan diri. Sesiapa yang ingin mendaki kepuncak untok meniti jambatan gantong diingatkan, persiapkan diri. Aku bagai nak putus nyawa dibuatnya. Nak patah balik, dah separuh jalan. Nak teruskan macam dah tak larat. Maklumlah tak pernah bersenam. Stamina pun kurang. Dengan mendaki perlahan2, akhirnya sampai juga aku. Alhamdulillah.




Disamping itu bolehlah nikmati pemandangan indah disepanjang jalan.

Hari ketiga, selepas sarapan, kami menuju keMenara Tun Mustapha atau juga pernah dikenali sebagai Yayasan Sabah sebelum ini.


Tak dudok makan, dudok bergambar pun jadilah.

Waktu zuhor kami dapat bersolat diState Mosque tapi siCity Mosque cuma ambil gambar saja.
Melawat keMuzium Sabah.






Mendengar penerangan tour guide kami, Nel.

No comments:
Post a Comment