Tuesday, June 30, 2009

KOTA KINABALU - JUNE 2009

Akhirnya aku menjejakkan kaki dibumi Sabah - diKota Kinabalu pada 25jun - 28jun. Cuaca panas menyambut ketibaan rombongan kami dihari pertama. Dari airport kami dibawa kerestoran untok makan tengahari.


Selesai makan tengahari kami terus keFilipino Market. Apa lagi kalau bukan untok cuci matalah dan mengempeskan kocek. Kedai Jamilah Jewellery - wholesale/retail of crystals, pearls, semi precious stones, gem stones, 925 silver dan 14/20 gold fashion jewelries. Memang mengasyikkan dan rambang mata dibuatnya. Samada hendak membeli yang telah siap dibuat atau boleh juga memilih warna dan design untok dibuat on the spot.




Sebelah malam selepas dinner, cuci mata lagi, kali ini diPasar Malam Kg. Air. Sayangnya, hujan. Cuma apa yang dapat dilihat disini, kebanyakkan barang2 yang dijual lebih kurang sama. Ramai yang menjual barang2 kemas dari mutiara dan sworofski . Sama seperti yang terdapat dikedai Jamilah. Hanya mutu dan harga yang membezakannya. Aku tak membeli apa2 disini.

Hari kedua kami keNabalu Park. Melihat keindahan gunung Kinabalu dan shopping lagi.

Kemudian keKinabalu Park





Disini untok makan tengahari diThe Rainforest.

Selepas makan, teruskan misi yang betul2 mencabar minda, keupayaan dan ketahanan diri. Sesiapa yang ingin mendaki kepuncak untok meniti jambatan gantong diingatkan, persiapkan diri. Aku bagai nak putus nyawa dibuatnya. Nak patah balik, dah separuh jalan. Nak teruskan macam dah tak larat. Maklumlah tak pernah bersenam. Stamina pun kurang. Dengan mendaki perlahan2, akhirnya sampai juga aku. Alhamdulillah.

Berihat sebentar sementara menunggu giliran meniti jambatan gantong.




Sesiapa yang tidak mengikuti pendakian boleh juga berendam diair hangat (diPoring Hot Spring).


Meneruskan perjalan keKundasang Fruit market. Bolehlah beli apa2 buah kegemaran.
Disamping itu bolehlah nikmati pemandangan indah disepanjang jalan.


Hari ketiga, selepas sarapan, kami menuju keMenara Tun Mustapha atau juga pernah dikenali sebagai Yayasan Sabah sebelum ini.


Ini dia, memperkenalkan Duo Panca Sitara! Panas terik oooiii!

Pemandangan dari tingkat 18, iaitu direstoran bergerak atau berpusing.


Tak dudok makan, dudok bergambar pun jadilah.


Waktu zuhor kami dapat bersolat diState Mosque tapi siCity Mosque cuma ambil gambar saja.
Melawat keMuzium Sabah.




KeKampong Warisan yang letaknya tidak jauh dari Muzium Sabah.




DiTanjung Aru Beach. Hujan lebat pulak tak lama selepas ketibaan kami. Mujur sempat bergambar.

Mendengar penerangan tour guide kami, Nel.


Kembali keFilipino Market. Disebelah petang, gerai2 mula dipasang. Cepat betul. Kami melalui dicelah2 gerai sambil mencium bau makanan laut yang dibakar. Tak boleh tahan, kami berempat ambil keputusan untok makan ikan, udang dan sotong bakar. Cium saja mana cukup, kan?



Dinner pula kami keFloating Seafood Market Restoran dan nikmati pertunjokkan kebudayaan Sabah.


Hari terakhir, dalam perjalanan keairport singgah sebentar diCocoa Boutique. Pilihlah beranika rasa coklat yang terdapat disini.

SELAMAT PULANG KETANAH AIR!