Cuti pendek keJakarta bersama teman-teman. Ketibaan kami diJakarta disambut dengan hujan lebat. Hari pertama setelah check-in, kami berlima, ia-itu aku, kawan rapat ku, kakak kepada kawan ku bersama suami dan PR (pembantu rumahnya), keluar untok isi perut. Kami mengambil keputusan untok makan pizza diPizza Hut yang terletak dibangunan bersebelahan hotel penginapan kami. Selepas 'asar kami kesebuah komplek beli-belah (lupa pulak namanya) berdekatan untok cuci mata dan dinner.
Hari kedua selepas sarapan kami menaikki bajaj untok keTanah Abang. Apa lagi kalau tak shopping dan makan. Tak perlulah aku catatkan lebih lanjut suasana ditempat ini yang penuh dengan pakaian, beg, kasut dan bermacam-macam lagi.
Keadaan jalan rayanya sesak banget. Kecut perut kami dibuatnya ketika sekali lagi kami menaikki bajaj untok pulang kehotel. Seakan hampir bergesel antara bajaj kami dengan kenderaan lain. Seperti biasa, lepas 'asar kami keluar lagi. Kali ini kegedung Sarina. Juga berhampiran hotel. Kalau ditempat terdahulu aku tidak berbelanja sakan tapi disini aku harus membelanjakan wang rupiah ku kerana esok kami akan pulang keSingapura. Pusing punya pusing, tengok punya tengok akhirnya aku memborong alas meja corak batik. Berapa harga semuanya? Melebihi sejuta rupiah! Macam orang kaya gitu. Maklumlah ipar-duai ramai.
Pendek kata, cuti ku kali ini hanya shopping dan makan. Tidak melawat ketempat-tempat pelancongan yang menarik kerana ini adalah lawatan kedua ku. Rasanya lawatan pertama dulu dah pun pergi jadi tak perlulah pergi lagi. Lain kali dengan cuti yang panjang, Insya-Allah.
Adek ipar kawan
Bersama suami, kawan dan ibunya
Makan masakkan Padang, gambar kiri, kakak kawan ku
Juga bersama PR
Sebahagian lauk pauk Padang yang dihidangkan
Nak beli barangan LV tak mampu, masok cium baunya pun jadilah. hahaha
Pagi minggu, jalan raya lengang dek perarakkan (tak pasti perarakkan apa)
Sempat bergambar dilobi lif
Dua beradik ni mencari pakaian yang sesuai diTanah Abang
PR bersama anaknya yang datang berjumpa ibunya.
Hai... Serious nampak cik abang tu
Kotak-kotak berisi oleh-oleh dari kampong PR yang dibawa oleh anaknya untok kami bawa pulang.

No comments:
Post a Comment