Sunday, March 25, 2012

JEJU ISLAND / SEOUL KOREA - 9/03 - 16/03/2012 (Part 1)

Ketibaan kami dilapangan terbang Incheon, Korea diawal pagi dari Singapura.


Sementara menunggu satu lagi kumpulan yang menaikki pesawat SQ, kami isi perut dulu. Kopi pastinya. Mengantuk sih! Dari Incheon, keGimpo airport dan terus ke Jeju Island.

Perjalanan yang meletihkan. Mendaki terus mendaki hingga kepuncak untok melihat keadaan sekeliling.


Lunch time. Kita disajikan dengan Nan dan ayam tandoori. ok lah.



Dinner diBaghdad cafe. Halal tau. Terpampang sijil halal jika ingin pengesahan
Sunday (day 3). Sarapan dihotel sebelum memulakan lawatan. Suasana amat sunyi sepi, jalan raya lengang. Maklumlah hari minggu dan cuaca sangat sejuk, berangin.

Antara tempat yang dilawati ialah Seongeup Folk Village.
Nak tahu tempat apa ni? Inilah 'toilet' mereka dulu2 kalau nak tahu. Dipangkal kayu tu ada semacam lobang panjang untok lepaskan hajat dan najis tu pulak akan dimakan oleh khinzir yang berada disitu.




Gambar dibawah, lupa pulak nama tempat ni, menjadi lokasi penggambaran drama Korea. (Jangan tanya tajuk drama tu ya).







 

Jangan suka2 masuk ketaman bunga tu tau. Dan jangan suka2 ambil gambar dari luar kawasan taman. Bayar dulu baru boleh masuk dan bergambar sepuasnya. Gambar ni saya petik dari dalam bas jadi percuma.

Hasil dari ledakan gunung berapi.
Ditempat inilah aku jadi perhatian beberapa orang berdekatan kerana sedang asyik memetik gambar tak sedar botol air plastik kosong 'terbang' keluar dari kocek jeket aku dek tiupan angin yang kencang!

Singgah sebentar untok bergambar ditaman limau yang dah kontang buahnya dan membeli buah tangan berupa cokelat buahan. Aku tak belilah. Dan ditempat inilah kami mula perasan salji turun walaupun 'renyai2' yang kami sangka debu.



Cheonjiyeon Waterfall. A legend about seven nymphs and a mountain god is tied to this wondrous place.


Acara berkuda ni takde dalam senarai lawatan kami tapi dibawa singgah sebentar untok sesiapa yang ingin menunggangnya. Bayar sendirilah ya. Ramai juga yang berminat rupanya.


Antaranya my niece.

Ini diTerry Bears Museum.



Monday (day 4). Selepas sarapan kami ke Hallim Park.


Ssangyong cave.Bermakna dua naga yang terjadi dari ledakan Mt. Halla kira2 2.5juta tahun lalu.




 



Disini juga terdapat ukiran2 batu dari seorang pengukir yang benar2 kreatif. Ada yang 'terlalu' kreatif hingga tak sanggup nak diabadikan.


Pandangan Mt.Halla dari kejauhan.



Ini tanaman pokok(daun) bawang

Soingook Miniature Theme Park.






 

No comments:

Post a Comment